fbpx

Empat pengurus kilang direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada suspek dibawa untuk mendapatkan permohonan reman di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

KUALA LUMPUR – Empat lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air di Lembah Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun direman bermula hari ini hingga 10 September depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

“Mahkamah Majistret Selayang pagi tadi mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari terhadap empat pengurus kilang tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan, empat beradik ditahan dalam satu operasi khas oleh polis Selangor.

Tangkapan dibuat di kediaman mereka dan ada juga yang ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI