fbpx

Detik cemas muncung Rifle di kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Li, (kiri) bersama isterinya, ketika dikunjungi di rumahnya, di Kampung Kandis, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Seorang bekas ahli Al-Maunah pernah berdepan detik nyawanya seperti dihujung tanduk selepas muncung senjata api jenis Rifle disasarkan ke arah kepala ketika merayu untuk menyerahkan diri kepada anggota tentera di Bukit Jenalik, Sauk di Perak 20 tahun lalu.

Abang Li, 66, (bukan nama sebenar) berkata, dia mungkin dibunuh ketua kumpulan itu yang sudah memberi amaran keras untuk terus melawan pasukan tentera dan berkeras agar tidak menyerah diri.

Katanya, detik itu dia seperti akan kehilangan nyawa selepas mengetahui tidak semua anggota kumpulan itu mengetahui misi utama ketua kumpulan Al-Maunah iaitu Mohamed Amin.

“Saya dan seorang rakan, arwah Pak Yunus (meninggal dunia – sakit kronik dalam penjara) adalah orang pertama bertindak susur keluar dari belakang untuk menyerah diri.

“Saya pohon mengundur diri, namun disergah oleh Mohamed Amin yang menyatakan ahli yang berpaling tadah halal darahnya. Boleh ditembak! ,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kandis di sini hari ini.

Abang Li berkata, misi Al-Maunah yang sebenarnya terbongkar apabila dia mendengar berita radio daripada sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero bahawa senjata yang kononnya dibekalkan tentera adalah barangan yang dicuri.

“Saya menggadai nyawa dan meninggalkan senjata yang diagihkan dengan menyelinap belukar sebelum tiba di khemah tentera berdekatan sekolah di Bukit Jenalik pada pukul 2 pagi . Kami putus hubungan kerana telefon dan kunci kereta kami dipegang oleh Amin,” tambahnya.

Abang Li berkata, dia memberitahu kepada kepimpinan tentera bahawa tidak semua anggota al-Maunah tahu misi jahat yang dirancangkan oleh Amin untuk menyertai latihan ketenteraan dan meminta rakannya yang lain ditangkap hidup-hidup.

Abang Li ditahan di penjara Sungai Buloh dan dijatuhkan hukuman pada Disember 2001 dan dipindahkan ke Penjara Kajang sehingga 2012 sebelum dibebaskan pada 17 Ogos lalu.

Dia merupakan di antara 13 banduan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengurniakan pembebasan awal kepada mereka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 pada tahun ini.

Susulan daripada perkenan itu, Abang Li tidak henti-henti mengucapkan kalimah syukur di mulutnya.

” Alhamdulillah, berkat doa ibu, ahli keluarga dan penduduk kampung. Doa mereka dimakbulkan dengan titah pengampunan Yang Dipertuan Agung bersama dengan enam yang lain baru-baru ini.

” Saya juga menjunjung kasih kepada baginda Yang Dipertuan Agong hasil beberapa kali permohonan pengampunan dibuat oleh pihak pengurusan penjara berasaskan penilaian prestasi yang dibuat. Satu rahmat dan satu nikmat sehingga saya bercucuran air mata apabila berita itu diumumkan,” katanya.

Menceritakan pengelibatan awal dalam kumpulan itu, Tambahnya dia tertarik dengan amalan zikir, ilmu perubatan dan persilatan dan pernah dikenali sebagai dukun perubatan Islam ketika tinggal di Tanah Merah.

Katanya, jemputan untuk kursus akhir iaitu latihan ketenteraan, namanya terpilih tanpa mengesyaki niat sebenar Mohamed Amin kecuali pada saat akhir diumumkan sebagai misi penting.

Sewaktu kejadian, isterinya sedang enam bulan mengandung dan kini anak bongsu perempuannya berusia 21 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI