PHOENIX, ARIZONA – Ahli silap mata terkemuka, David Blaine melakukan aksi lagak ngeri terapung setinggi 7,600 meter diudara di sebuah gurun di negeri
Arizona, Amerika Syarikat kelmarin, lapor sebuah laman berita.
Blaine, 47, berkata, dia berpegang pada 50 biji belon untukmengapungkan dirinya ke udara dan terbang selama sejam di gurun berkenaan.
“Setiap aksi yang saya lakukan adalah melibatkan ketahanan diri dan melangkaui segala ketidakpastian.
“Saya tidak dapat bayangkan berapa ramai orang yang bermimpi untuk melakukan aksi seperti ini,” katanya.
Blaine berkata, dia mengambil masa sehingga dua tahun untuk menjayakan aksinya termasuk mengambil lesen juruterbang.
Sementara itu, video aksinya yang diberi nama Ascension disiarkan secara langsung di laman YouTube miliknya dan mendapat lebih sembilan juta tontonan.
Blaine pada awalnya merancang untuk terapung setinggi 5,486 meter, namun akhirnya dia naik pada ketinggian 7,600 meter atau hampir menyamai ketinggian penerbangan pesawat komersial iaitu 8,961 meter.
Apabila sampai pada ketinggian tersebut, dia melepaskan gugusan belon itu dan terjun lalu mengaktifkan payung terjunnya.
Blaine mendarat dengan selamat tidak lama kemudian.
Menurut perancangan asal, aksi terapung itu sepatutnya dilakukan di New Jersey dan New York, namun lokasinya terpaksa
ditukar akibat masalah logistik. – AGENSI