fbpx

‘Batman’ diserang koronavirus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 16 November 2019 menunjukkan Pattinson menghadiri satu majlis gala di Los Angeles, California. – AFP

LONDON – Produksi filem terkini adiwira Batman di Britain dihentikan selepas bintang utamanya, Robert Pattinson dilaporkan positif ujian Covid-19, beberapa hari selepas penggambaran disambung semula.

“Seorang anggota produksi Batman telah positif saringan Covid-19 dan kini berada dalam kuarantin selaras dengan protokol yang diwujudkan.

“Penggambaran kini ditangguhkan,” kata Studio Warner Bros.

Studio berkenaan tidak menamakan individu yang di­jangkiti atau bila penggambaran akan disambung semula.

Bagaimanapun, sebilangan penerbitan Hollywood terma­suk Variety dan The Hollywood Reporter mengesahkan bahawa Pattinson, 34, merupakan individu yang dijangkiti virus Co­vid-19.

Sebelum ini, produksi filem baharu mengenai ‘wira bertopeng’ itu dihentikan pada Mac lalu akibat pandemik koronavirus.

Bagaimanapun, sebilangan filem blockbuster Hollywood menyambung semula penggambaran sejak dua bulan lalu termasuk di Britain. London melonggarkan peraturan untuk memudahkan perjalanan pelakon dan kru perfileman dari luar negara.

Antara filem berprofil tinggi yang menerima lampu hijau untuk menyambung semula produksi termasuk Jurassic World: Dominion dan Mission: Impossible 7.

Pattinson yang melonjak menerusi drama romantika remaja, Twilight adalah aktor Hollywood terbaharu yang di­jangkiti virus Covid-19.

Pada Rabu lepas pelakon Dwayne “The Rock” Johnson mendedahkan bahawa seluruh keluarganya dijangkiti pandemik koronavirus, namun mereka telah sembuh sepenuhnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI