fbpx

53 premis diperiksa bagi halang pencemaran air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Pihak Jabatan Alam Sekitar telah mengenal pasti sebanyak 53 premis di sekitar kawasan Sungai Gong, Rawang, Selangor untuk disemak dan diperiksa bagi memastikan kawasan tersebut bebas dari berlakunya pencemaran air.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, walaupun suspek utama iaitu sebuah premis kilang membersih jentera berat telah diambil tindakan undang-undag oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun beberapa premis ini juga perlu diperiksa.

“Ini bagi memastikan kawasan Rawang Intergrated Park itu tidak berlaku sebarang lagi pencemaran dan menjadi punca kepada pencemaran air yang sedang berlaku seperti ini.

“Pencemaran seperti ini telah menyebabkan loji-loji rawatan kita berhenti tugas seperti ini,” jelasnya ketika sidang akhbar selepas mempegerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Pusat Arahan Air Selangor dekat sini hari ini. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI