fbpx

Tiga warga emas mangsa banjir diselamatkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NORLIA RAMLI

BALING – Tiga warga emas berusia lingkungan 70-an yang terperangkap dalam banjir kilat diselamatkan anggota bomba di Kampung Tanjung Pari di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat kira-kira pukul 4.50 petang.

“Tujuh anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.15 petang.

“Sebaik tiba, kita mendapati banjir kilat melanda beberapa kediaman di situ,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian banjir sedalam satu meter itu berlaku akibat limpahan sungai berhampiran selepas hujan lebat.

“Pemantauan dilakukan di sekitar kawasan terjejas dan kita turut memindahkan dua lelaki dan seorang wanita warga emas ke dewan orang ramai,” ujarnya.

Tambahnya, operasi masih diteruskan dari semasa ke semasa memandangkan keadaan hujan yang berterusan sehingga kini.

“Penduduk dinasihatkan supaya berhati-hati dan segera berpindah ke tempat yang lebih selamat,” katanya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI