fbpx

Harga RON95, RON97 turun satu sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh NOR IDAYU BOSRO

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 turun sen kepada RM1.71 sen seliter berbanding RM1.72 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 11 September depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga turun satu sen daripada RM2.02 kepada RM2.01 seliter.

Menurutnya, harga runcit diesel pula kekal pada paras sama iaitu RM1.78 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI