fbpx

Gelombang haba ‘bakar’ California hujung minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK menyejukkan badan di sebuah taman air di Alhambra, California pada 27 Julai lalu ketika gelombang haba melanda selatan California. - AFP

LOS ANGELES – Gelombang haba diramal ‘membakar’ California di Amerika Syarikat  hujung minggu ini sekali gus mendorong pihak berkuasa memberi amaran risiko kebakaran dan menggesa penduduk negeri berkenaan berlindung daripada suhu berbahaya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ahli-ahli kaji cuaca berkata,  suhu dijangka  lebih panas berbanding gelombang haba pada Ogos lalu dan berpotensi memecahkan rekod sebelum ini.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memberi amaran bahawa gelombang haba tersebut boleh mengancam nyawa manusia.

“Berbanding semua peristiwa meteorologi yang kami perlu tangani seperti taufan, puting beliung dan banjir, gelombang haba adalah  paling berbahaya kerana ia pembunuh senyap,” kata ahli iklim dan pakar cuaca tempatan, Bill Patzert.

Sebahagian besar California diramal mengalami gelombang haba bermula hari ini. Stesen penyiaran CNN melaporkan NWS sebagai menyatakan, suhu diramal meningkat sehingga 46.1 darjah Celsius atau lebih tinggi terutamanya di beberapa kawasan di selatan California.

“Saya sendiri akan pergi ke wilayah British Columbia di Kanada (tempat sejuk),” kata ahli meteorologi NWS, David Sweet secara berjenaka.

“Kami menyarankan agar orang ramai menangguhkan rancangan yang melibatkan mereka terdedah kepada cuaca panas di siang hari kerana penyakit disebabkan cuaca boleh menyerang sesiapa sahaja terutama sekali kanak-kanak dan warga emas,” jelasnya.

Menurut Sweet, kanak-kanak dan haiwan peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan di dalam kenderaan dan penduduk perlu berwaspada simptom strok haba seperti muntah, kulit pucat dan suhu badan tinggi.

“Paling penting adalah anda mesti minum banyak air,” kata Sweet. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI