fbpx

Gangguan bekalan air berlarutan 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SYED MOHD HAZIQUE SYED NOR

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Lembah Klang terpaksa berdepan masalah ketiadaan air sekurang-kurangnya empat hari lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman berkata, ianya susulan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang masih tercemar.

“Setakat pukul 2.30 petang hari ini pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji tersebut dan berada pada tahap 1 ton.

“Kami memandang serius isu ini kerana telah menyebabkan LRA tersebut diberhentikan operasi sehingga 30 jam,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Suhaimi, kesemua loji rawatan air tersebut hanya akan mula beroperasi jika bacaan 0 ton.

“Air Selangor tidak dapat mengagihkan air sebanyak 2,767 juta liter air kepada 1,292 kawasan pengguna di Kuala Lumpur, Petaling, Klang / Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang terjejas.

“Justeru itu, khidmat bekalan air akan terus diagihkan kepada kawasan-kawasan yang terjejas,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi selama 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI