fbpx

Enam anggota sindiket tipu terbesar masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak menumpaskan satu sindiket penipuan online terbesar dalam beberapa siri serbuan di negeri itu kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan enam individu warga tempatan yang membawa kepada pendedahan modus operandi kegiatan penipuan online di negara ini.

Antara yang diberkas ialah seorang pengurus yang berperanan mengeluarkan wang dari bank yang dikreditkan oleh mangsa.

“Bertindak atas risikan, polis melakukan serbuan di Ipoh yang membawa kepada tangkapan enam lelaki berusia lingkungan 30-an.

“Dalam serbuan itu, polis me­rampas pelbagai jenis telefon bimbit dan puluhan kad bank yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penipuan online,” kata kepada Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, polis turut menemui wang tunai kira-kira RM300,000 dalam operasi tersebut.

Abdul Hamid bagaimanapun enggan memperincikan kejayaan tersebut.

Difahamkan, satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat berhubung tangkapan dan rampasan kes penipuan online terbesar itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI