fbpx

Djokovic bangkit benam Edmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC tewas pada set pertama sebelum bangkit pada tiga set berikutnya untuk menewaskan Edmund pada aksi pusingan kedua awal pagi semalam. – AFP

NEW YORK – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Kyle Edmund 6-7(5-7) 6-3, 6-4, 6-2 awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Djokovic yang juga pilihan pertama kejohanan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk memastikan rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini berjaya dikekalkan.

Kata Djokovic, pemain lawan dari Great Britain itu telah memberikan tentangan yang sengit khususnya pada set pertama tetapi dia segera memberikan fokus pada baki saingan sete­rusnya.

“Edmund telah bermain de­ngan cukup sempurna pada set pertama yang memberikan kesukaran buat saya untuk menguasai perlawanan dan ia berlarutan pada awal set kedua.

“Cuma, saya telah berjaya membaca aksinya selepas itu dan tidak menjadi masalah untuk menewaskannya pada tiga set seterusnya. Pujian wajar diberikan kepada Edmund yang bermain dengan cukup bertenaga,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pemain pilihan keempat, Stefanos Tsitsipas tidak mempunyai masalah untuk menewaskan wakil tuan rumah, Maxime Cressy dengan kemenangan straight set 7-6, 6-3, 6-4.

Pemain muda kontroversi dari Kanada, Denis Shapovalov turut mara selepas menundukkan wakil Korea Selatan, Kwon Soon-woo 6-7, 6-4, 6-4, 6-2. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI