fbpx

Belanda terpaksa cekal tanpa Koeman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Belanda bakal berdepan Poland dan Itali pada aksi Liga Negara-Negara Eropah. - AFP

AMSTERDAM – Belanda bakal mengharungi perlawanan antarabangsa pertama tanpa kehadiran Ronald Koeman yang melepaskan jawatannya bersama negara itu untuk menjadi ketua jurulatih baharu Barcelona bulan lalu.

The Oranje kini melantik Dwight Lodeweges sebagai pengendali sementara untuk mengemudi pasukan itu menghadapi dua perlawanan Liga Negara-Negara Eropah bermula dengan aksi menentang Poland di Arena Johann Cruyff awal pagi esok.

“Sudah tentu kami tidak gembira dengan situasi ini tetapi kami amat memahami keputusan Koeman. Tidak mungkin beliau akan menolak tawaran Barcelona buat kali ketiga.

“Kami perlu menerima perkara ini dan meneruskan kehidupan tanpa Koeman. Saya percaya para pemain masih boleh memberikan prestasi terbaik mereka dengan menewaskan Poland nanti,” kata Lodeweges.

Kelebihan memihak kepada Belanda kerana Poland akan turun beraksi tanpa khidmat ‘mesin gol’ mereka, Robert Lewandowski yang diberikan cuti rehat selepas membantu Bayern Munich memenangi Liga Juara-Juara bulan lepas.

Lodeweges, 63, akan mempertaruhkan bintang Liverpool, Virgil van Dijk dan tonggak berpengalaman Inter Milan, Stefan de Vrij membentuk gandingan ampuh di benteng pertahanan bersama-sama Nathan Ake serta Denzel Dumfries.

Sandaran di bahagian tengah akan digalas Frenkie de Jong, Maarten de Roon dan Georginio Wijnaldum, sementara jentera serangan The Oranje hampir pasti menjadi milik Luuk de Jong, Ryan Babel serta Memphis Depay.

Selepas aksi bertemu Poland, Belanda akan menanti kunjungan satu lagi pasukan kuat iaitu Itali pada Selasa ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI