fbpx

Alvin Chong lupakan hasrat kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVIN CHONG

ALVIN Chong sebenarnya lebih diingati sebagai pelakon berbanding penyanyi.

Karakternya sebagai kaki judi yang tiba-tiba terjebak dengan kemunculan roh seorang gadis mati dibunuh dalam telefilem Hantu Judi mungkin antara yang diingati ramai.

Ironinya, sejak tahun 2017 Alvin sebenarnya sudah melancarkan beberapa buah single, namun sehingga kini, tuah belum dilihat berpihak kepadanya.

Tidak pernah melihat hal tersebut sebagai satu halangan, jejaka berusia 29 tahun itu terus bersemangat mempersembahkan karyanya dalam usaha menambat hati pendengar.

Terbaharu, Alvin telah tampil dengan lagu baharu bertajuk Sayangku Salmah ciptaan sepenuhnya oleh Dedeq.

“Saya tertarik dengan rentak lagu ini yang bergenre regaeton dan berasakan konsep sebegini mampu memberi kelainan kepada pendengar muzik tempatan.

“Tiada istilah meniru identiti sesiapa kerana muzik itu milik semua orang dan saya rasa tidak salah untuk saya mencuba rentak ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single

Sayangku Salmah di Highpark Suites by Gamuda Land, baru-baru ini.

Tambah Alvin, dia mengharapkan tuah Sayangku Salmah untuk memenangi hati peminat Melayu, sekali gus memberi warna baru dalam kerjaya nyanyiannya.

“Nama Salmah sendiri sangat sinonim dan dekat dalam komuniti kita. Saya juga rasa setiap orang mesti ada kawan atau ahli keluarga mereka yang bernama Salmah.

“Sebagai bukti, sewaktu saya berkongsi lagu Sayangku Salmah dalam TikTok, ramai yang komen dan memberitahu ada kawan mereka bernama Salmah.

“Pendek kata, nama ini dipilih sebagai simbolik kepada wanita bagi disesuaikan dengan muzik video dan jalan cerita lagu ini,” katanya.

Tambah Alvin juga: “Saya bukanlah penyanyi yang hebat tetapi setiap apa yang saya lakukan, saya berikan yang terbaik kerana minat yang mendalam,” jelasnya lagi.

ALVIN mengakui dia bukan berasal daripada golongan berada, jadi fokusnya kini hanya mahu memastikan karier terus berada di landasan yang betul, baik dalam lakonan mahupun nyanyian. – Ihsan UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA

Tangguh kahwin

Saat ditanya adakah jalan cerita single berkenaan mempunyai kaitan dengan kisah cintanya, Alvin hanya tertawa dan tidak menafikan hal tersebut.

Menurut pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu, dia pernah bercinta dengan seorang gadis Melayu tetapi hubungan yang terjalin tidak berkekalan atas sebab-sebab tertentu.

Mengakui dirinya masih lagi solo, Alvin bagaimanapun tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Dua tahun lalu saya sudah membeli rumah kerana memikirkan ingin berkahwin tetapi hanya tinggal impian.

“Kini, saya sudah meletakkan soal kahwin ke tepi kerana saya belum mampu memberi komitmen. Sejak negara dilanda Covid-19, bapa saya kehilangan punca rezeki, ibu saya juga begitu. Saya kini bertanggungjawab membantu keluarga,” jelasnya panjang lebar.

Muzik video Sayangku Salmah sudah boleh ditonton menerusi YouTube sejak 28 Ogos lalu dan sudah mencatat hampir 30,000 tontonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI