fbpx

48 individu ditahan ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 47 individu terbabit dikenakan kompaun, manakala satu individu dijamin.

“Antara kesalahan dikesan membabitkan 17 individu tidak memakai pelitup muka, lima individu melakukan aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal serta seorang langgar perintah kuarantin.

“Turut ditahan 12 individu kerana gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk, manakala 13 individu lain ditahan kerana premis beroperasi lebih masa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, Pasukan Khas Operasi Pematuhan diketuai PDRM membuat 58,050 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP.

Menurut beliau, seramai 13,042 anggota membuat pemantauan di 3,703 pasar raya, 4,955 restoran serta 1,255 penjaja, 1,137 kilang, 3,863 bank dan 1,039 pejabat kerajaan.

“Selain itu, sebanyak 1,070 terminal pengangkutan darat, 218 terminal pengangkutan air serta 120 terminal pengangkutan udara turut dipantau,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI