fbpx

11 kes baharu, satu kluster baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada kluster baharu iaitu Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih 2, Selangor.
Angka kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,385 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan adalah 165 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 11 kes baharu tersebut, empat kes adalah penularan tempatan manakala tujuh adalah kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurutnya, bagi kes penularan tempatan, tiga kes warga Malaysia melibatkan kes Kluster Telaga dan dua kes Kluster DTI Semenyih 2 masing-masing di Selangor dan Negeri Sembilan, manakala satu kes lagi saringan tahanan bakal dihantar pulang ke negara asal di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Beranang, Selangor.

“Satu kluster baharu telah dikenal pasti di DTI Semenyih, Selangor dan kes indeks kluster ini merupakan seorang tahanan yang bakal dihantar balik ke negara asalnya dan telah disaring di klinik kesihatan dan dikesan positif pada 27 Ogos lepas (iaitu kes ke-9302).

“Kes kedua dan ketiga kluster merupakan pegawai imigresen di DTI tersebut yang mengiringi kes indeks ke klinik kesihatan dan mereka adalah dua daripada empat pegawai imigresen yang mengiringi kes indeks tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi tujuh kes import pula, membabitkan dua warga Malaysia dan lima warga asing mendapat jangkitan dari India, Arab Saudi dan United Kingdom.
Katanya, sebanyak sembilan kes pulih Covid-19 hari ini, empat kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan manakala tiada kes kematian dilaporkan. K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI