KUALA LUMPUR – Penyanyi, Nora Ariffin mengakui remaja bertudung yang bercumbuan dalam sebuah video tular semalam ialah anak perempuannya, Putri Nor Dahlia.
Hal itu diakui oleh Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 47, menerusi satu hantaran Instagramnya sebentar tadi.
“Allahuakbar. Dengan rasa terkilan, saya mengaku itu anak saya.
“Sebagai ibu, saya sudah sedaya upaya mendidik dan membimbing. Malah sudah beri yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas,” katanya.
Tambah pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu, sebagai manusia, semua tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
“Semua manusia lakukan kesilapan. Dia masih muda dan masih banyak yang akan dipelajarinya nanti.
“Sebagai ibu saya juga ada kelemahan. Saya berdoa agar dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi insan yang lebih baik. Insya-Allah,” ujarnya.
Nora juga meminta orang ramai memberi ruang kepada dia sekeluarga buat masa ini.
Dia juga berdoa yang terbaik untuk dirinya serta pihak lain.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial sebuah video berdurasi 22 saat yang memaparkan dua remaja lelaki dan perempuan sedang asyik bercumbuan di tempat awam.
Malah, video tersebut turut dimuat naik dalam sebuah akaun TikTok milik @zuher yang dipercayai milik remaja lelaki berkenaan.
Sementara itu, Putri menerusi akaun Twitternya menjelaskan, dia dipaksa melakukan perbuatan tidak senonoh itu.
“Saya dipaksa. Dalam video tu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak, selepas benda itu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu.
“Saya tak tahu nak buat apa. Tak sanggup nak tumbuk dia ke apa, tapi saya marah dia selepas video itu dan kami dah putus,” katanya membalas ciapan netizen dalam Twitter hari ini. – K! ONLINE