fbpx

United perlu lebih aktif buru pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER

MANCHESTER – Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville menggesa bekas pa­sukannya menandatangani empat atau lima lagi pemain baharu untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kelab itu dilihat sedikit perlahan dalam aktiviti jendela perpindahan kali ini kecuali hanya mengadakan rundingan untuk menyambung tempoh pinjaman penyerang, Odion Ighalo.

Bagaimanapun, Neville mendesak pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer segera mendapatkan pemain yang berkualiti kerana mereka hanya mempu­nyai tempoh sebulan sebelum jendela perpindahan ditutup.

United kuat dikaitkan dengan perpindahan pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho tetapi hasrat berkenaan dilihat sukar dan mungkin hanya dapat diselesai tahun depan.

“Skuad United ketika ini tidak mampu mencabar kejuaraan. Mereka perlukan empat atau lima lagi pemain untuk memantapkan lagi pasukan sekiranya mahu berada di kelompok dua pasukan teratas.

“Saya fikir Solskjaer sedar mengenai perkara tersebut dan beliau memerlukan sokongan. Pihak pengurusan juga menyedari mengenai kekurangan tersebut.

“Mereka perlukan pemain pertahanan berkelas dunia dan beberapa orang lagi pemain tengah.

“Saya juga fikir mengenai pemain sayap kanan, penyerang dan pemain pertahanan kiri sebagai persiapan kerana kece­deraan yang sering dialami Luke Shaw.

“Jadi, sebab itulah saya fikir mereka perlukan empat atau lima pemain dan bukannya tiga. Mereka perlu dapatkan kerana pasukan lain sudah melakukannya dan jika gagal, United akan berdepan masalah,” jelasnya.

United dilaporkan sedang memburu khidmat pemain pertahanan RB Leipzig, Dayot Upamecano tetapi ia pastinya sukar kerana pemain itu baharu sahaja menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab itu bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI