fbpx

Tercampak keluar kereta, seorang maut dua cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang maut manakala dua yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar pembahagi jalan di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar pembahagi jalan di Taman Bukit Indah, di sini lewat malam semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rusydi Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.56 malam.

Katanya, empat belas anggota beserta dua buah jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

“Difahamkan kenderaan dinaiki tiga lelaki dewasa tersebut melanggar pembahagi jalan sehingga menyebabkan kesemua mangsa tercampak keluar.

“Seorang daripada mereka disahkan maut di lokasi kejadian manakala dua yang lain cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Rusydi, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis manakala rakannya yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut.

Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 12.46 pagi, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI