fbpx

Promosi baharu Wonda Coffee pikat hati pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Inisiatif baharu Wonda Coffee melalui pelaksanaan pesampelan kopi tanpa sentuh dilihat telah berjaya memenangi hati penggemar kopi di Menara UOA Bangsar, di sini semalam.
Inisiatif syarikat yang me­nempatkan lebih daripada 200 tin Kopi Susu Wonda Booster dan Kopi Hitam Wonda Booster yang diletakkan di dalam sebuah peti ais sengaja dibukakan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan kopi secara percuma.
Lebih menarik, usaha ini telah berjaya mematuhi sistem operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi penjarakan fizikal dan mengurangkan sentuhan dalam kalangan pelanggan.


Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T. Sundaram berkata, pihaknya memilih Menara UOA, Bangsar di sini kerana lokasinya yang strategik dengan tumpuan pengunjung.
“Kami memilih pukul 3 petang untuk melancarkan inisiatif ini kerana berdasarkan kajian, ia merupakan waktu rakyat Malaysia berasa letih selepas makan tengah hari dan bekerja seharian serta memerlukan sesuatu yang boleh menyegarkan tubuh dan minda untuk menyambung hari mereka.
“Kami ingin menunjukkan bahawa dalam mematuhi SOP, kita boleh kekal positif dan menikmati kopi kegemaran masing-ma­sing,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan inisiatif baharu Wonda Coffee semalam.
Sementara itu, seorang penghantar barangan, Syahid Ramli, 30, berkata, kaedah promosi berkenaan amat menarik serta memudahkan terutamanya untuk mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan seperti dia.
“Amat mudah sebab kita tidak perlu menunggu lama dan terus ambil minuman kopi ini.

“Sekiranya inisiatif sebegini diperluaskan saya percaya jenama Wonda Coffee bakal dikenali seluruh rakyat Malaysia sebagai jenama yang progresif serta digemari,” katanya.
Menurut seorang pekerja am, Nurul Hasib, 25, promosi ber­kenaan adalah suatu gimik yang baharu dan lain daripada yang lain.
Dia yang merupakan penggemar kopi Wonda sejak jenama tersebut baru dilancarkan berkata, promosi sedemikian memudahkan orang ramai untuk mencuba produk-produk baharu Wonda Coffee memandangkan jenama itu sentiasa melancarkan varian baharu yang menarik perhatian.
“Selepas ini, jika ada produk baharu dilancarkan, lebih baik buat promosi sebegini, senang untuk kami mencuba,” katanya.
Bagi seorang pengawal ke­selamatan, Chirri Sherpa berkata, ini merupakan kali pertama dia melihat promosi sedemikian dan tidak akan teragak-agak untuk mencuba Wonda Coffee selepas ini.
“Ini kali pertama saya mencuba Wonda Coffee dan rasanya sedap dan unik,” katanya.
Selain di Menara UOA, promosi sama turut diadakan di Lot 10, Bukit Bintang sebelum ke MRT Aeon Maluri pada Ahad ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung promosi Wonda di laman Facebook WondaCoffeeMalaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI