fbpx

Penyatuan cinta Mira Filzah, Wan Emir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mira Filzah akan bernikah dengan Wan Emir di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara malam ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah akan diijab kabul dengan pilihan hati, Wan Emir Astar Wan Mohd. Khair-il Anuar di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada malam ini.

Mira atau nama sebenarnya, Nuramira Filzah Badioezaman, 27, telah menghantar undangan ke majlis perkahwinannya kepada­ pihak media petang semalam.

Wan Emir

 

Menerusi satu temu bual bersama program Malaysia Hari Ini sewaktu majlis khatam Al- Quran pada 28 Ogos lalu, Mira mengakui berasa gementar dan risau menjelang detik bersejarahnya itu.

“Sebagai seorang bakal pe­ngantin, saya akui perasaan agak bercampur baur ditambah de­ngan rasa risau dan gementar.

“Namun, saya bersyukur kerana­ segala persiapan untuk majlis tersebut berjalan dengan lancar, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon Cinta Si Wedding Planner itu memberitahu, dia terbuka hati untuk menerima lamaran Wan Emir kerana sifat lelaki itu yang bertanggungjawab dan disenangi orang sekeliling.

“Saya dapat lihat dia sebagai bakal suami dan juga bakal bapa kepada anak-anak saya kelak,” ­ulasnya ringkas.

Mira yang juga terkenal melalui drama Sweet Dreams turut mengumumkan stesen televi­syen TV3 akan menjadi media rasmi untuk hari bersejarahnya dengan Wan Emir.

“Pihak TV3 akan membuat lintas langsung bagi majlis perkahwinan saya dan Emir pada malam ini dan menjadi platform untuk kemas kini langsung sepanjang acara berjalan,” ujarnya.

Pada Julai lalu, Mira mengesahkan dia dan Wan Emir yang juga anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Yazid telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI