fbpx

Penunggang maut motosikal bertembung dengan motosikal lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Perindustrian 3, Kamunting semalam.

TAIPING – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain yang dipandu secara melawan arus di Jalan Perindustrian 3, Kamunting di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.05 malam itu, mangsa, Mohd. Razin Azhar, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang sendirian motosikal jenis Kawasaki itu sedang dalam perjalanan dari arah Kamunting ke Aulong.

“Pada masa sama, seorang lelaki berusia 26 tahun turut menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara melawan arus di laluan sama.

“Tiba di tempat kejadian, kedua-dua motosikal tersebut bertembung menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambah Osman, mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat manakala seorang lagi penunggang pula mengalami patah kaki kiri dan dirawat di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI