fbpx

Pelancong Muslim meningkat 5.33 juta tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (kiri) melancarkan logo MFAR dengan disaksikan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Datuk Dr. Mohmed Razip Hasan (kanan) dan Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Dr Noor Zari Hamat (dua kanan) di Hotel Movenpick KLIA, Sepang hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Malaysia menerima sejumlah 5.33 juta ketibaan pelancong Muslim tahun lalu dengan peningkatan 1.45 peratus dari tahun sebelumnya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sumbangan peningkatan juga melonjak 0.72 peratus bersamaan RM16.72 bilion pendapatan pelancong dari RM16.06 bilion tahun sebelumnya.

“Kita mempunyai pilihan untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang diperlukan bagi memenuhi peningkatan jumlah ketibaan pelancong muslim dari seluruh dunia, serta memenuhi syarat-syarat berdasarkan pemahaman kepercayaan mereka.

“Dengan mempertimbangkan hal ini, kami telah mengambil satu langkah ke hadapan dalam memperluaskan perkhidmatan dengan membuat pendekatan baru dibawah konsep pelancongan Mesra-Muslim bagi hotel,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran logo rasmi Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR) di Movenpick Hotel Convention Center KLIA di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, pelaksanaan MFAR itu memfokuskan kepentingan memenuhi keperluan dan kemudahan bagi pelancong muslim oleh pengusaha hotel seperti kebersihan, penggunaan peralatan mandian, makanan halal dan keselamatan serta juga dari sudut rohani yang dapat ditawarkan oleh pihak hotel.

Justeru katanya, pemilik hotel dan tempat penginapan digalakkan memohon MFAR kerana ia akan membolehkan pengusaha hotel menjana pendapatan yang lebih besar dari pasaran pelancongan muslim domestik dan menyumbang kepada ekonomi negara.

“Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk menjadikan industri pelancongan sentiasa dalam siap siaga ketika kita menyambut kembali pelawat dari segenap pelusuk dunia ke negara kita,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI