fbpx

Murray harungi aksi hampir lima jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MURRAY terpaksa mengharungi hampir lima jam perlawanan sebelum berjaya menjinakkan Nishioka awal pagi semalam. – AFP

NEW YORK – Bintang tenis dunia, Andy Murray menerima cabaran hebat apabila ketinggalan dua set sebelum bangkit mengatasi pemain Jepun, Yoshihito Nishioka 4-6, 4-6, 7-6(7-5), 7-6(7-4), 6-4 pada pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam.

Bekas juara Terbuka AS itu kembali beraksi di kejohanan Grand Slam buat kali pertama sejak Terbuka Australia 2019 selepas berdepan masalah kece­deraan.

Pada saingan tersebut, pemain dari Britain berusia 33 tahun itu tidak mudah menyerah apabila bangkit di set ketiga dan keempat sebelum mengatasi pemain Jepun itu pada set kelima meskipun terpaksa berehat seketika kerana mengalami kecede­raan kaki.

Murray memerlukan empat jam 39 minit untuk mengatasi pemain ranking No.49 dunia tersebut di Stadium Arthur Ashe di Flushing Meadows, New York.

“Saya akui sangat letih dan mengalami kesakitan pada jari kaki yang mula membengkak.

“Saya sedikit bimbang menghadapi perlawanan yang panjang kerana pernah alami situasi ini.

“Kekalahan pada dua set awal sangat mencemaskan tetapi kemenangan pada dua set berikutnya saya jadikan pembakar semangat dan akhirnya berjaya menamatkan perlawanan ini dengan kemenangan,” kata Murray. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI