fbpx

Mufti Perak semakin pulih, sudah dipindahkan ke wad biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harussani

IPOH – Keadaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ipoh di sini bertambah baik dan telah dipindahkan ke wad biasa sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, perkembangan terkini berkaitan tokoh kesayangan rakyat Perak itu dimaklumkan oleh Jabatan Mufti Perak.

“Keadaan beliau kini bertambah baik. Beliau sudah boleh respon dan faham apa yang kita cakapkan tetapi masih belum mampu berinteraksi dengan baik dengan kita.

“Sebelah bahagian badannya juga sudah boleh digerakkan dan kini sedang dirawat di wad biasa selepas dipindahkan dari ICU beberapa hari lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pematuhan Halal Negeri Perak 2020 di Dewan Saidina Omar, Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini hari ini.

Tambah Mohd. Akmal, Mufti Perak itu kini sudah boleh dilawat namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak hospital.

“Kita masih belum mengetahui bila beliau akan dibenarkan keluar namun beliau kini sudah dibenarkan untuk dilawat, cuma perlu patuhi SOP.

“Bagaimanapun, kalau boleh berilah peluang kepada Mufti Perak kita untuk berehat secukupnya,” katanya.

Kosmo! pada 23 Ogos lalu melaporkan, keadaan Mufti Perak masih lagi dipantau selepas dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini setelah terkena serangan strok selepas menunaikan solat Subuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI