fbpx

LADA terbitkan dokumentari pelancongan budaya Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tengah) bersama Hezri (kiri) ketika gimik perasmian Majlis Pelancaran Video Dokumentari Mikro Langkawi di Laman Padi, Pantai Cenang, Langkawi hari ini.

Oleh NUR AMALINA AZMAN

LANGKAWI – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini hari ini menjalinkan kerjasama dengan Happy Campers Production (Walkabout Asia) untuk menerbitkan 10 video dokumentari mikro yang mengetengahkan produk pelancongan budaya Langkawi.

Usaha itu bagi merancakkan kembali industri pelancongan di pulau peranginan ini selepas hampir lumpuh berikutan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Hezri Adnan berkata, dokumentari tersebut akan menonjolkan pulau lagenda itu sebagai destinasi pelancongan yang memiliki nilai pendidikan daripada sudut alam sekitar, budaya penduduk setempat dan makanan.

“Video dokumentari ini adalah berdasarkan konsep perkongsian pengalaman atau penceritaan daripada individu yang terlibat secara langsung dengan pembangunan industri pelancongan di Langkawi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Video Dokumentari Mikro yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor di Laman Padi, Pantai Cenang di sini hari ini.

Menurut Hezri, Walkabout Asia mempunyai lebih 500,000 pengikut di Facebook yang membolehkan lebih banyak capaian diterima oleh video tersebut.

“Antara video yang telah dan akan dikongsikan ialah Pandai Kayu, Beras Terbakar dan Gua Pinang, Herba Hutan, Mahsuri, Jikey, Dropstone, Laktud, Kebuk Arang dan Menunggang Kuda,” ujarnya.

Tambahnya, sebahagian video itu sudah boleh ditonton di Facebook LADA atau Walkabout Asia selain dimuat naik secara berjadual selama 10 minggu bermula 13 Ogos lalu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI