fbpx

Jumpa mayat dalam kebun kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki dipercayai warga asing yang ditemukan di kebun kelapa sawit di Kampung Seri Cheeding, Sungai Jarom di sini.

KUALA LANGAT – Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan di kebun kelapa sawit di Kampung Seri Cheeding, Sungai Jarom di sini semalam.

Penemuan mayat berusia 40-an yang belum diketahui identiti dilakukan oleh orang awam yang melalui kawasan kebun berkenaan pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, berdasarkan siasatan awal tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa di lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang senjata.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat yang lengkap berpakaian namun keadaan fizikal tidak terurus itu tidak mempunyai suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG) dan dipercayai warga asing.

“Berdasarkan keadaan mayat, kita menganggarkan lelaki tersebut telah meninggal dunia sejak dua hari lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI