fbpx

Empat kluster Covid-19 catat kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PUTRAJAYA – Empat kluster penularan virus Covid-19 mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Kluster Benteng LD di Sabah sebanyak enam kes diikuti Kluster Tawar (tiga), Bunga (dua) dan Telaga (satu).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, enam kes baharu yang dikesan di Kluster Benteng LD dikenal pasti di Penjara Tawau membabitkan empat warga asing dan dua warganegara.

Beliau berkata, empat daripadanya mempunyai sejarah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu serta mempunyai kontak rapat dengan kedua-dua kes indeks iaitu kes ke-9,344 dan ke-9,345.

“Mereka telah balik ke Penjara Tawau pada 28 Ogos lalu sebelum menjangkiti dua lagi banduan baharu di Penjara Tawau.

“Kesemua kes positif baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, kes penularan tempatan turut dikesan di Kluster Tawar dengan tiga kes dan Kluster Telaga (satu kes).

“Dua kes baharu melibatkan kes import turut dilaporkan di Kluster Bunga membabitkan seorang warganegara dan seorang warga asing.

“Dua lagi kes import dikesan di Kuala Lumpur dan Johor dengan masing-masing mendapat jangkitan dari Filipina dan Singapura,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI