fbpx

Bale kembali bermain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE disenaraikan di dalam skuad Wales biarpun dia tidak mendapatkan masa bermain yang banyak ketika bersama Real. – AFP

HELSINKI – Bintang buangan Real Madrid, Gareth Bale akhir­nya bakal merasai nikmat bermain bola sepak kompetitif apabila disenaraikan dalam skuad antarabangsa Wales menghadapi aksi Liga Negara-Negara Eropah minggu ini.

Khidmat Bale, 31, seakan-akan sudah tidak diperlukan lagi oleh ketua jurulatih Real, Zinedine Zidane yang kali terakhir menurunkan pemain sayap itu bermain selama 71 minit dalam aksi La Liga pada 24 Jun lalu.

Sejak itu, Bale langsung tidak diberikan peluang beraksi membantu The Galacticos menjuarai saingan La Liga musim lalu, malah namanya juga tiada dalam skuad Liga Juara-Juara menentang Manchester City bulan lepas.

Ketua jurulatih Wales, Ryan Giggs mahu menyelamatkan ka­rier Bale apabila tetap menyenaraikan namanya menghadapi Finland di Stadium Olimpik Helsinki awal pagi esok dan sete­rusnya Bulgaria di Stadium Cardiff City pada Ahad ini.

Bekas bintang Tottenham Hotspur itu ternyata menikmati sesi latihan Wales apabila dia dilihat gembira berlatih bersama rakan-rakan sepasukannya di Vale Resort, Cardiff baru-baru ini.

Bale yang memegang status sebagai penjaring terbanyak Wales akan menjadi sandaran utama Giggs untuk dua aksi itu selepas ketiadaan empat pemain utama iaitu Aaron Ramsey, Ashley Williams, David Brooks dan Tyler Brooks.

Disebabkan itu, Giggs terpaksa menyenaraikan dua pemain bawah 21 tahun Wales iaitu Ben Woodburn dan Brennan Johnson dalam skuad senior negara berkenaan untuk dua perlawanan antarabangsa tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI