DUA tiga hari lalu, kecoh dalam media sosial mengenai anak bongsu Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.
Mana tidaknya, video tariannya yang memaparkan dia melompat sambil menunjukkan jari tengah tular dan dikecam ramai. Selain itu, video dia menari di dalam kelas di kolejnya juga turut dikritik netizen.
Maka, ramai yang ‘mengambil bahagian’ untuk turut serta mengecam dan mengkritik tindakan gadis yang diberi jolokan Ratu TikTok itu.
Ada yang anggap Leona terlalu bebas dan tidak tahu batas wanita beragama Islam. Tetapi sedih juga baca komen netizen yang turut mempersoalkan akhlak dan akidahnya. Hendak marah tak mengapa, tapi janganlah sampai disentuh soal agama pula.
Rasa teruk pula kecaman yang diterimanya. Kesian pula Mizz Lahar dengan gadis berusia 19 tahun itu.
Ekoran kecaman teruk itu, dia terus menyahaktifkan akaun Twitternya kerana tidak sanggup lagi dihentam sedemikian rupa.
Bagi Mizz Lahar, tindakan Leona itu tepat pada waktunya kerana tak perlu lagi hadap tohmahan orang lain kepada dirinya.
Namun, selang beberapa hari, kakaknya bernama Kasih Leia Ixora hadir untuk mempertahankan tindakan adiknya itu. Baginya netizen sepatutnya membiarkan sahaja adiknya berseronok dengan dunianya dan tidak sepatutnya dia dihentam sedemikian rupa.
Malah, dia juga mengatakan bahawa keluarganya bukan kandungan hiburan masyarakat di luar sana. Dia juga memohon netizen supaya menghormati dan tidak menggunakan medium yang ada untuk membuli keluarganya.
Bagaimanapun, dia masih menghargai niat murni dan komen positif sesetengah netizen terhadap keluarganya.
Apa pun, Mizz Lahar harap Leona dapat belajar daripada kesilapan dan jangan terlalu seronok hendak muat naik semua video TikTok hingga terlupa akibatnya dikemudian hari.
MIZZ LAHAR: Bosan dengan persembahan peserta Big Stage tahun ini. Tiada kelainan dan seperti tidak bersedia untuk bertanding di pentas yang besar.