fbpx

35,000 usahawan sudah diberi geran dan pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyampaikan sijil kepada peserta pada Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar peringkat negeri di Hotel The Grand Renai,Kota Bharu.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seramai 35,000 usahawan di negara ini sudah dibantu menerusi pelbagai bentuk geran dan pinjaman dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka.

Daripada jumlah itu, sebanyak 54 peratus adalah usahawan lelaki manakala 46 peratus lagi adalah wanita.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihak kementerian sudah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk membantu usahawan.

Menurutnya, jumlah peruntukan itu tidak termasuk daripada agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan lain-lain.

“Secara keseluruhan usahawan di negara ini mampu menjalankan perniagaan dengan baik bagi menjana pendapatan masing-masing.

“Sebagai contoh pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 ada antara usahawan menjana pendapatan hampir RM5 juta berasaskan produk makanan.

“Pencapaian ini amat membanggakan dan sudah tentu usahawan lain juga mampu berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar peringkat negeri di Hotel The Grand Renai di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Datuk Mumtaz Md. Nawi.

Seminar itu disertai seramai 120 peserta dari luar bandar yang memberi tumpuan di bawah Teras 6-Wanita berdasarkan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) yang dilancarkan pada tahun 2019.

Ia juga bertujuan melahirkan wanita luar bandar yang progresif dalam semua aspek kehidupan merangkumi ekonomi, pendidikan, kesihatan, sosial dan kepimpinan.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, berdasarkan statistik, peningkatan wanita dalam dalam bidang keusahawanan meningkat kepada 59 peratus usahawan berbanding tempoh lima tahun sebelumnya hanya 54.5 peratus.

“Oleh itu, kita berharap jumlah usahawan wanita akan bertambah baik untuk seterusnya dengan menghasilkan pelbagai hasil produk.

“Saya akui wanita luar bandar memang hebat termasuk Kelantan untuk menjana pendapatan dan jangan bersifat malu, selain mereka boleh membuat pinjaman seperti Skim Pembiayaan Perniagaan Dananita (DanaNITA) telah diwujudkan di bawah Mara,”katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI