fbpx

Rizman timang anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZMAN memuatnaik gambar pertama anak sulungnya.

KUALA LUMPUR- Pereka fesyen terkenal dan pengasas bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan anak perempuan sulung mereka pada pagi Rabu.

Rizman, 35, mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya. Dia turut mendedahkan wajah serta nama puterinya.

“Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.

“Kenalkan puteri saya, Rizqaa yang membawa maksud kerahmatan dan hadiah daripada Yang Maha Esa,” tulisnya.

Rizman dan isteri, Nurida Suraya mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu selepas lebih setahun berkenalan.

Rizman dan rakan kongsinya, Ruzaini Jamil terkenal menerusi rekaan baju mereka untuk ramai artis popular Malaysia termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Ziana Zain dan ramai lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI