fbpx

Penduduk Ambangan Heights resah tiada wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI – Penduduk Ambangan Heights, Amanjaya di sini semalam berdepan ke­sukaran untuk mengeluarkan wang tunai untuk memberi barangan keperluan.

Seorang penduduk, Sobri Abdullah, 40, berkata, mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan perumahan berikutan perlaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran sejak 28 Ogos lalu.

“Kami (penduduk) tidak dapat mengeluarkan wang kerana bank dan mesin ATM terletak jauh dari kawasan perumahan ini dan berada di luar kawasan PKPD,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Muaazim Roslan, 31, dari Zon Mawar Fasa 7 berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat memberi kebenaran kepada pihak bank bagi membolehkan penduduk membuat pengelua­ran wang.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menyusahkan ahli keluarga atau rakan-rakan yang tinggal di luar kawasan PKPD untuk membantu mengambil wang di mesin ATM.

“Saya cadangkan kerajaan agar benarkan pihak bank datang ke sini supaya kami dapat mengeluarkan wang,” katanya.

Sementara itu, pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan tampil membantu menghulurkan bantuan berupa makanan asas kepada penduduk di tiga zon yang dikenakan perintah PKPD.

Seramai 5,265 keluarga dari Zon Kenanga, Mawar dan Melor di Ambangan Heights menerima bantuan makanan berupa beras, tepung gandum dan gula yang disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, penduduk turut menerima ikan segar sumbangan UMNO Bahagian Sungai Petani dan Merbok.

Beberapa kedai runcit di kawasan berkenaan yang ditutup sebelum ini juga beroperasi semula selain pembukaan Pasar Segar Terkawal mulai hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI