fbpx

Olimpian negara beri bayangan bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHNATHAN

KESUKARAN mencari peruntukan bagi menampung kos latihan mungkin memaksa jaguh sukan menembak negara, Johnathan Wong Guanjie mengambil langkah drastik untuk bersara.

Dia yang pernah mewakili negara pada SukanUPM Rio 2016 itu mengakui ada mempertimbangkan hasrat untuk meninggalkan arena sukan tanah air sekiranya situasi tidak berubah.

“Buat masa ini, saya masih belum kembali jalani latihan. Sebenarnya sukar untuk buat perancangan kerana perlu berulang-alik dari Melaka ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur.

“Mungkin sudah tiba masa untuk saya lupakan karier sebagai atlet dan mulakan hidup baharu. Bagaimanapun, saya akan cuba bertahan selagi boleh,” katanya kepada Kosmo!.

Johnathan berkata, dia kini aktif mencari pekerjaan secara online memandangkan dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tambah atlet berusia 28 tahun itu, dia menerima beberapa tawaran temuduga dan berharap ia membuahkan hasil sekali gus memudahkan dia untuk hadir menjalani latihan di Kuala Lumpur.

“Saya sedang mencari jalan untuk selesaikan perkara ini. Saya memang cari pekerjaan secara online tetapi masih belum berhasil. Memandangkan saya tidak berada dalam program sepenuh masa, jadi saya perlu cari pekerjaan untuk tampung kos latihan.

“Mungkin orang cakap jurusan yang saya belajar itu baik, namun perlu diakui sukar cari kerja dalam bidang tersebut. Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah terus bersabar,” luahnya.

Pada masa sama, Johnathan mendedahkan dia masih mengekalkan latihan fizikal serta melakukannya di rumah bagi memastikan kecergasan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI