fbpx

Hanya kerana wanita, lelaki ditetak sahabat sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki putus ibu jari tangan kiri selepas ditetak oleh sahabatnya sendiri dengan sebilah pedang samurai dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Permatang Tok Brain, Telok Air Tawar, Butterworth di sini kemarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, mangsa berusia 28 tahun turut mengalami luka pada lengan kanan selepas dilibas dengan pedang tersebut oleh rakannya yang berusia 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komsioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu dikatakan berpunca apabila mangsa didakwa menganggu teman wanita suspek.

“Suspek telah memanggil mangsa yang bersahabat sejak mereka masih kecil itu ke rumahnya untuk berbincang mengenai teman wanita suspek yang didakwa diganggu oleh mangsa.

“Setibanya dia seorang diri, suspek mengeluarkan sebilah pedang samurai dan menetak ibu jari kiri rakannya itu hingga putus selain mangsa cedera pada lengan kanan ketika cuba menepis,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, suspek yang mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu telah ditahan kira-kira pukul 5 pagi semalam bagi siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI