PENYANYI IU cukup terkenal dengan sikap pemurahnya.Dia juga kerap menjadi penderma bagi golongan mereka yang memerlukan sejak beberapa tahun lalu.
Terkini, penyanyi itu dilaporkan telah menyalurkan sumbangan kepada barisan pekerja barisan hadapan di Korea Selatan yang sedang bertarung dengan peningkatan kes Covid-19.
IU telah menyumbangkan sebanyak 4,600 set vest penyejuk yang berharga 100 juta won (RM350,825) kepada Persatuan Jururawat Korea pada 31 Ogos lalu.
Persatuan itu merancang untuk mengagihkan vest sumbangan kepada klinik dan institusi perubatan yang terpilih di seluruh Korea Selatan.
Vest penyejuk sangat berguna kerana ketika ini Korea Selatan sedang berdepan dengan cuaca panas dan akan digunakan oleh pekerja barisan hadapan yang melakukan tugas di bawah terik mentari.
“Bagaimanalah saya tidak sayangkan dia,” tulis seorang peminat yang berbangga dengan kemurahan hati IU.
Sebelum ini, IU pernah menjadi tajuk utama berita selepas menghulur dana sebanyak 200 juta won (RM701,305) demi misi bantuan Covid-19 pada Februari lalu.