fbpx

Iconic bakal labur RM155.51 juta bina kilang pengeluaran PPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Syarikat pelancongan dan pemaju hartanah, Iconic Worldwide Bhd. (Iconic) dijangka melabur sehingga RM155.51 juta untuk memba­ngunkan kilang pengeluaran alat perlindungan peribadi (PPE) di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Kilang baharu itu dijangka siap dalam tempoh 12 bulan dari tarikh mula pembinaan yang dijangka pada setengah tahun kedua 2021.
Ia memiliki kapasiti pengeluaran minimum sebanyak 3.1 bilion helai sarung tangan dan kira-kira 222.7 juta keping pelitup muka setahun.

Pengarah Urusan Iconic, Datuk Tan Kean Tet berkata, pihak­nya mengunjurkan permintaan untuk PPE akan kekal mapan meskipun selepas pemulihan pandemik Covid-19, berikutan kesedaran awam yang semakin meningkat tentang kepentingan penjagaan kebersihan.“Sekarang masa yang tepat untuk memenuhi permintaan untuk produk PPE. Kami akan menyasarkan pasaran di negara dengan kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi seperti Eropah dan Amerika Syarikat.
“Kami bercadang untuk menghasilkan sarung tangan nitril dan getah untuk kegunaan isi rumah, industri dan sektor perubatan selain dua jenis penutup muka iaitu penutup muka tiga lapisan dan N95,” katanya dalam ke­nyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Buat masa ini, Iconic terlibat dalam pembangunan dan penjualan hartanah komersial dan kediaman, selain perkhidmatan pelancongan lain seperti pengurusan hospitaliti.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2020, segmen pembangunan hartanah dan pelancongan masing-masing menyumbang 67.2 peratus dan 30.4 peratus kepada pendapatan Kumpulan.
Iconic sebelum ini telah membeli dan memasang mesin pengeluaran penlitup muka di fasiliti pembuatan yang disewa terletak di Juru, Pulau Pinang yang kini menghasilkan minimum 30 juta keping penutup muka setahun.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI