fbpx

Hadiah motosikal jika doa kejayaan pembedahan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAmbar menunjukkan isteri pemilik akaun Twitter @AgungpumA dan motosikal yang akan diberikan kepada netizen. – TWITTER

JAKARTA – Seorang lelaki mahu menghadiahkan sebuah motosikal kepada pengguna laman sosial Twitter yang mendoakan kejayaan pembedahan isterinya, lapor laman Suara.com.

Menurut pemilik akaun @AgungpumA itu, dia berbuat demikian berikutan isterinya akan menjalani pembedahan serius pada Sabtu ini.

“Mohon doakan isteri saya yang akan menjalani pembedahan serius Sabtu ini, melibatkan tiga doktor.

“Selepas pembedahan ini berjaya, saya akan hadiahkan sebuah motosikal milik saya kepada sesiapa yang memerlukan kenderaan itu,” tulisnya.

Lelaki itu turut memuat naik dua keping gambar memaparkan isterinya terlantar di katil sebuah hospital dan sebuah motosikal miliknya.

Status Twitter @AgungpumA menerima lebih 4,000 tanda Like dan mendapat lebih 1,000 ulang ciap serta ratusan komen.

“Semoga pembedahan berjalan lancar dan isteri anda cepat sembuh,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Saya tidak peduli dengan motosikalnya. Saya hanya peduli dengan kesihatan isteri anda, semoga segalanya berjalan lancar dan dia kembali sihat seperti sediakala. Semoga Tuhan memberikan yang terbaik untuk isteri anda,” ujar seorang lagi pengguna Twitter.

Sementara itu, isteri lelaki tersebut sudah memilih seorang pengguna bertuah untuk diberikan motosikal suaminya.

“Terima kasih atas doa anda semua dan sebentar tadi isteri saya telah melihat ciapan ini lantas meminta untuk memberikan motosikal saya kepada seorang pengguna @ShelterPangan,” tulisnya lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI