fbpx

Ferrari terus hilang punca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 pada aksi GP Belgium di Litar Spa-Francorchamp Ahad lalu. – AFP

LONDON – Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto dilihat kecewa dan berang dengan prestasi hambar pasukannya dalam tempoh sedekad ketika beraksi di Grand Prix (GP) Belgium pada Ahad lalu.

Pasukan Itali itu mempamerkan aksi paling buruk dalam sejarah di GP Belgium apabila mereka gagal layak pada sesi kelayakan kedua (Q2) Sabtu lalu.

Lebih mengecewakan, Sebastian Vettel hanya mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 sementara Charles Leclerc tempat ke-14.

Mercedes terus mendominasi perlumbaan Formula Satu (F1) apabila menamatkan kemena­ngan 1-2 menerusi Lewis Hamilton yang menjuarai perlumbaan tersebut dan Valtteri Bottas tempat kedua.

“Kami benar-benar kecewa dan marah dengan keputusan di Belgium. Ferrari berdepan situasi yang sukar pada musim ini apabila masih belum mampu menyelesaikan masalah bagi kembali ke landasan yang tepat.

“Pada waktu sukar seperti ini, kami (Ferrari) harus berdiri teguh dan melihat ke depan untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Binotto.

Pelumba utama Ferrari, Vettel mengakui pasukannya dalam situasi getir dan menuntut pasu­kannya itu lebih serius untuk memperbaiki masalah pada jentera mereka.

“Kami harus bekerja keras kerana minggu ini kami gagal bersaing bermula pada sesi kelayakan lagi. Kami perlu lihat semula kelemahan yang ada pada jentera dan bangkit semula menjelang perlumbaan GP Itali pada hujung minggu ini,” kata Vettel.

Ferrari kini menduduki tempat kelima dalam kejuaraan pengeluar dan pasukan tersebut bakal terperosok tangga keenam jika gagal meraih mata pada perlumbaan seterusnya apabila mereka kini hanya dibezakan dua mata dengan Renault. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI