fbpx

Enam kes baharu, tiada kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kes positif Covid-19 dalam negara kembali merekodkan satu digit dengan enam kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,360 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada enam kes tersebut, dua kes adalah penularan tempatan membabitkan warganegara manakala empat lagi kes import melibatkan warga asing.

Menurutnya, bagi kes penularan tempatan, satu daripadanya membabitkan Kluster MV Glen di Selangor iaitu isteri kepada kes positif kluster yang dilaporkan pada 30 Ogos lalu iaitu kes ke-9,332.

“Wanita tersebut dikenal pasti susulan aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat.

“Satu lagi kes penularan tempatan di Pahang membabitkan kes saringan di tempat kerja yang tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI