fbpx

Azizulhasni dinobat Atlet Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI yang mucul juara pada kejohanan trek Siri Dunia di Cambridge pada Disember lepas telah melayakkannya dinobatkan sebagai Atlet Terbaik SAM – 100PLUS 2019 di Bukit Kiara, semalam.

PRESTASI cemerlang jaguh berbasikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang sepanjang tahun 2019 membawa tuah selepas dinobatkan Atlet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)–100PLUS 2019 di Bukit Kiara, semalam.

Sebagai rekod, ini adalah kejayaan ketiga Azizulhasni naik ke pentas selaku pemenang Anuge­rah Atlet Terbaik selepas menang pada edisi 2009 dan 2017.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) kerana memilih saya sebagai pemenang pada tahun ini.

“Sudah tentu saya akan jadikan anugerah ini sebagai sumber motivasi bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik tahun hadapan.

“Keadaan sungguh mencabar, namun saya tidak akan berputus asa dan menguatkan semangat perjuangan demi merealisasikan impian untuk meraih pingat emas pertama untuk rakyat Malaysia,” kata Azizulhasni menerusi rakaman video di Melbourne, Australia.

Pencapaian terbaik pelumba berusia 32 tahun kelahiran Du­ngun, Terengganu tahun lalu itu adalah muncul juara kejohanan trek Siri Dunia di Cambridge pada Disember lepas dengan menewaskan bekas juara dunia, Shane Perkins dan Matthew Glaetzer.

Malah, beliau yang terkenal dengan jolokan The Pocket Roc­ketman turut meraih pingat emas selepas muncul juara acara pecut individu pada kejohanan Trek Asia 2019 yang berlangsung di Korea Selatan, Oktober 2019.

Sementara itu, atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin daripada sukan powerlifting memecah dominasi olahraga apabila dipilih untuk menerima Anugerah Atlet Para Terbaik 2019.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada SAM di atas anugerah ini. Saya tidak menjangkakan akan dipilih untuk menerima anugerah ini walaupun pencapaian pesaing pesaing yang lain juga tidak kurang hebatnya.

“Anugerah ini akan menjadi suntikan semangat untuk saya dan rakan-rakan untuk terus menaikkan sukan para negara di peringkat antarabangsa,” kata Bonnie yang berada di Sarawak melalui rakaman video.

Azizulhasni dan Bonnie Bunyau masing-masing membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 yang di­sampaikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI