fbpx

[VIDEO] 3 kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaannya susulan banjir kilat di MRR 2 di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan selama tiga jam di ibu negara petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat sekali gus menyebabkan tiga kenderaan terperangkap.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan pertama diterima pada pukul 6.22 petang membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail terperangkap  di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR 2) menghala ke Seri Petaling akibat banjir kilat.

“Sebaik tiba pada pukul 6.41 petang, pihak bomba mendapati pemandu terperangkap bersama pacuan empat roda tersebut susulan paras air naik setinggi 0.6 meter.

“Mangsa berjaya diselamatkan selepas keadaan kembali terkawal pada pukul 7.03 malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas jurucakap itu, dalam kejadian berasingan, dua kenderaan jenis Toyota Vios dan Proton Wira terperangkap di Jalan Cheras susulan air naik sehingga paras pinggang.

“Sebaik tiba, mendapati tiada pemandu dalam dua kenderaan tersebut dan keadaan terkawal pada pukul 7.10 malam tadi,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI