fbpx

27 individu ingkar PKP dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Seramai 27 daripada 39 individu yang ditahan polis semalam dikompaun atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala tujuh lagi direman dan lima dijamin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 63,206 pemeriksaan dijalankan semalam menerusi Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, ia membabitkan sebanyak 4,773 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 15,956 anggota.

“Pemantauan dijalankan di 3,981 pasar raya, 5,162 restoran serta 1,611 penjaja, 1,810 kilang, 3,681 bank dan 1,111 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau, sebanyak 1,789 terminal pengangkutan darat, 208 terminal pengangkutan air serta 125 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, kata Ismail Sabri, mulai semalam, semua ketibaan dari luar negara ke pintu masuk Sarawak diwajibkan melalui tempoh Kuarantin Wajib selama 14 hari di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

“Semua ketibaan perlu menjalani saringan swab test pada hari ke-2 dan hari ke-10.

“Bagi ketibaan dalam negeri ke pintu masuk negeri Sarawak, warganegara Malaysia
dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani Kuarantin Wajib tetapi perlu mengisi borang deklarasi kesihatan secara atas talian (e-HDF) terlebih dahulu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI