fbpx

Kereta terbang lulus ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODEL kereta terbang yang dibangunkan syarikat SkyDrive Inc. dari Jepun melakukan ujian penerbangan baru-baru ini.

IMPIAN orang ramai untuk melihat kereta terbang berada di udara kini bukanlah satu khayalan lagi setelah SkyDrive Inc. yang berpangkalan di Jepun telah berjaya melakukan ujian penerbangan untuk projek kereta terbang yang dibangunkan oleh mereka.

Dalam satu rakaman video yang ditunjukkan kepada pihak media, sebuah kereta terbang yang dikawal oleh seorang pemandu terapung pada ketinggian dua meter selama dua minit.

Ketua SkyDrive Inc. Tomohiro Fukuzawa berkata, dia berharap kereta terbang akan menjadi kenyataan pada tahun 2023 itu selamat untuk digunakan oleh orang ramai.

“Saya berharap ramai orang akan menaikinya dan berasa selamat,” katanya.

Sewaktu penerbangan ujian kereta terbang itu mampu terbang antara lima hingga 10 minit.
Fukuzawa berkata, tetapi sekiranya ia mampu untuk terbang lebih daripada 30 minit, kereta terbang itu mempunyai lebih banyak potensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI