fbpx

Penyanyi didakwa pecah amanah RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga deejay Jason Lo dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat rakaman milik mereka lebih RM200,000 tahun lalu.

Bagaimanapun, Jason Lo atau nama sebenarnya, Jason Jonathan Lo, 45, dan Muhammad Yakub Hussaini, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai pengarah syarikat yang telah diamanahkan wang berjumlah RM232,500 telah melakukan pecah amanah iaitu dengan curangnya menggunakan wang syarikat tersebut untuk kegunaan sendiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Syarikat Fat Boys Records Sdn. Bhd. 1 Mont Kiara di sini pada 24 April dan 14 Mei 2019.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap seorang tertuduh.

Bagaimanapun, kedua- dua tertuduh yang diwakili peguam Alfred Chong memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin tersebut dengan alasan anak guamnya akan mematuhi segala syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Sabariah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan jumlah sama RM30,000 setiap seorang.

Tarikh 2 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pada November tahun lalu, Jason Lo  pernah dituduh dua pertuduhan iaitu menceroboh sebuah rumah dan memasukkan dadah dalam badan jenis methamphetamine di Mahkamah Majistret.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Evening News itu mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI