fbpx

Lelaki pakai lampin di khalayak ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TURNER memakai lampin pakai buang orang dewasa semasa keluar ke tempat awam di Amerika Syarikat. – DAMIEN TURNER

CHARLESTON, Virginia Barat – Seorang lelaki dewasa yang gemar memakai lampin pakai buang sepanjang hari mengakui dia sukar memperoleh pekerjaan dan dicemuh oleh masyarakat.

Menurut portal berita Me­tro UK, Damien Turner, 28, meneruskan gaya hidup itu sejak 10 tahun lalu. Dia juga adalah anggota Komuniti Peminat Lampin Pakai Buang Dewasa (ABDL) .

Lelaki dari negeri Virginia Barat itu kini mengganggur selepas dipecat daripada jawatannya sebelum ini atas alasan dia bersikap keanak-anakan dengan berpakaian sedemikian.

“Lampin pakai buang amat selesa, mudah dan comel. Ia gaya hidup terbaik dan saya tidak akan melakukan perkara lain selain ini.

“Berpakaian seperti ini dan melakonkan diri seperti seorang bayi amat menenangkan dan berasa selamat. Saya berasa seperti kembali ke zaman prasekolah dan tidak perlu bimbang dengan keada­an dunia semasa,” katanya.

Turner mengakui amat sukar memperoleh pekerjaan, manakala orang ramai gemar merakam gambar dia berpakaian seperti itu dan memuat naik foto tersebut di internet.

Bekas penyelaras dalam bidang katering itu berkata, dia memakai lampin pakai buang dewasa sejak berumur 16 tahun lagi dan terpaksa menipu ibu bapanya.

“Saya mendapati lampin ini agak menarik dan pernah berbohong kepada ibu bapa dengan menyatakan saya ada masalah mengawal pembuangan air kecil supaya mereka membeli (lampin) untuk saya.

“Akhirnya saya dedahkan perkara sebenar dan mereka boleh menerimanya. Ramai rakan tidak mahu berkawan kerana saya mengamalkan gaya hidup seperti ini,” jelas­nya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI