fbpx

Jumlah pengunjung Zoo Negara meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman Md Ali (depan kanan) diiringi oleh Rosly (depan, dua kanan) melawat ke Zoo Negara bagi membincangkan pengurusan zoo ketika wabak Covid-19 di Zoo Negara di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Zoo Negara terus menerima pertambahan pengunjung selepas dibuka semula kepada orang ramai setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diperkenalkan oleh kerajaan pada Jun lalu.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lani berkata, pertambahan pengunjung itu merupakan diluar jangkaan pihaknya meskipun negara masih berdepan dengan penularan pendamik Covid-19 ketika ini.

“Kami jangkakan pengunjung kembali normal dalam tempoh enam bulan namun perkara itu tidak berlaku kerana pengunjung telah datang ke sini pada awal pembukaan lagi.

“Sebelum viral dalam televisyen pengunjung sudah ramai yang datang sehingga pihak kami berada dalam keadaan berjaga-jaga risau jika prosedur operasi standard (SOP) dilanggar.

“Lebih mengejutkan, Zoo Negara telah menerima lebih daripada 15,000 pengunjung hanya dalam tempoh tiga hari sempena cuti umum Hari Kemerdekaan yang kebetulan jatuh pada cuti hujung minggu semalam,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima lawatan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali di Zoo Negara semalam.

Sementara itu, Sulaiman menjelaskan lawatannya kali ini adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara Zoo Negara dengan Zoo Melaka selain bertukar pandangan dan berkongsi idea bagi meningkatkan lagi kunjungan orang ramai ke dua-dua zoo tersebut.

“Kita akan cari bagaimana cara terbaik untuk kita sama-sama meningkatkan lagi promosi terutamanya bagi pelancong tempatan untuk terus berkunjung ke dua-dua zoo ini,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI