fbpx

Itik ‘merempit’ di lebuh raya Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Itik ini terbang bersebelahan sebuah van di Lebuh Raya M23 dekat Lapangan Terbang Gatwick. – Kennedy News and Media

LONDON – Seekor itik liar dirakam terbang laju seolah-olah berlumba dan memintas beberapa buah kenderaan di sebuah lebuh raya di Sussex dekat sini pada Sabtu lalu, lapor portal be
rita Metro UK.

Seorang pemandu van, Roland Bowler, 33, berkata, itik tersebut terbang di lorong tengah Lebuh Raya M23 dekat Lapangan Terbang Gatwick dan memintas kenderaannya pada kelajuan hampir 100 kilometer sejam (km/j).

Menurutnya, itik yang tidak diketahui spesiesnya itu kemudian mencelah di antara dua lori sebelum meluncur memasuki lorong memotong di lebuh raya berkenaan dan terbang lebih laju.

“Pada kebiasaannya, kita boleh melihat itik tersebut panik dan merempuh objek semasa terbang dalam ketakutan.

“Bagaimanapun, lain keadaannya dengan itik ini. Ia kelihatan seperti sedang menikmatinya dan terbang tanpa rasa takut.

“Kami mengekorinya sejauh 8 kilometer sebelum penumpang saya mengeluarkan telefon pintar dan merakam aksi itik itu terbang. Kami fikir haiwan itu sebenarnya terbang selaju 98 km/j (60 batu sejam),” kata Bowler.

Itik lazimnya terbang dalam kawanan dan itik tunggal itu dipercayai terpisah daripada kumpulannya atau tersesat.

Bowler memuat naik klip vi­deo itik lumba itu di internet dan lebih 22,000 pengguna media sosial memberikan tanda Like serta berkongsi rakaman tersebut di akaun masing-masing. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI