fbpx

‘Disko’ haram warga Indonesia diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua wanita warga Indonesia yang ditahan polis dalam operasi di sebuah disko haram di Taman Bayu Perdana, Klang di sini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Keghairahan 40 warga Indonesia berhibur menyambut ambang merdeka di sebuah kedai yang diubah menjadi ‘disko’ tidak bertahan lama selepas diserbu polis dalam kejadian di Taman Bayu Perdana di sini kelmarin.

Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.30 malam selepas berpesta selama setengah jam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati, penganjuran pesta itu dilakukan menerusi media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.

Katanya, ini berikutan hanya dua daripada mereka menetap di Klang, manakala selebihnya datang dari luar daerah ini.

“Sewaktu serbuan dilakukan didapati semua warga Indonesia sedang menari di rumah tersebut yang dijadikan sebagai disko dengan sebahagian besarnya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Mereka yang terkejut dengan kehadiran polis gagal meloloskan diri sebelum ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas taklimat penugasan Ops Cegah Jenayah Bersepadu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, hari ini.

Shamsul Amar menjelaskan, hasil siasatan awal turut mendapati tiada bayaran dikenakan bagi memasuki premis tersebut dengan semakan mendapati rumah kedai itu pernah beroperasi sebagai disko haram sebelum ini.

Beliau menambah, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga Bangladesh yang bertindak sebagai penjaga premis bagi membantu siasatan.

“Kita sedang menyiasat siapa pemilik sebenar premis tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (c) dan Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1959/63 selain Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI