fbpx

Dapur Panas penyambung rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Berita penutupan operasi sebuah hotel terkemuka di Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang menjadi tempat Normah Omar dan Khai­ril Anwar Aboo Bakar mencari rezeki sejak 10 tahun lalu ternyata mengejutkan.

Pandemik Covid-19 mengakibatkan hotel yang berusia 40 tahun di destinasi popular bagi pelancong domestik dan luar negara itu terpaksa ditutup sepenuhnya pada Jun lalu.

Ketika mendengar berita tersebut, perkara terbayang di pemikiran suami isteri tersebut hanyalah tiga orang anak mereka yang sedang membesar iaitu Nur Farysha Nabira, 15; Mohd. Naufal Fitri, 12, dan Nursyifa Qaisarah, 7.

Bagi Normah, 41, demi ke­langsungan hidup, dia perlu memikirkan masa depan untuk membayar komitmen bulanan dan kos perbelanjaan harian keluarga.

Tidak mengambil masa lama untuk kembali bangkit, Normah dan suaminya, 41, nekad berniaga pelbagai jenis makanan menggunakan jenama Dapur Panas Norma Yenn.

Menu makanan ditawarkan ialah spageti, bebola daging serta manisan seperti kek dan brownie yang dijual pada harga bermula RM5.

Normah (kiri) dan suami (kanan) ketika masih bekerja di hotel dekat Batu Ferringhi.

“Saya memang meminati bidang kulinari dan pernah berniaga kek secara kecil-kecilan dengan menjualnya kepada rakan-rakan terdekat ketika masih bekerja di hotel dahulu.

“Dengan kemahiran dan sedikit pengalaman yang ada, saya dan suami nekad memilih segmen perniagaan makanan sebagai bidang baharu kami dalam mencari rezeki untuk anak-anak,” katanya ketika ditemui di gerai mereka di Teluk Bahang.

Normah berkata, berniaga makanan ketika Covid-19 melanda bukan sesuatu yang mudah terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Katanya, ketika itu dia dan suami aktif mempromosi makanan menerusi laman Facebook Norma Yenn, namun isu dihadapi ialah pelanggan tidak dapat keluar rumah untuk mengambil makanan.

“Kami suami isteri terpaksa bergilir-gilir menghantar makanan yang dipesan ke rumah pelanggan.

“Setiap kali melalui sekatan polis pelbagai soalan kami perlu jawab dengan pihak berkuasa, tetapi demi mencari rezeki, kami tempuh juga,” katanya.

Normah berniaga di pasar malam Teluk Bahang pada setiap Isnin selain di gerai kecilnya di Jalan Hassan Abbas di sini setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI