fbpx

Budak perempuan berbasikal maut dirempuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderan pacuan empat roda Mitsubishi Storm yang merempuh basikal Nur Aira Awatif yang maut di hadapan rumahnya di Kampung Cacar Baru, Paka dekat Dungun semalam.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN – Keriangan seorang kanak-kanak perempuan bermain basikal berakhir tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Storm di hadapan rumahnya di Kampung Cacar Baru, Paka dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.50 petang itu, Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil, 6, meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan ke sebuah klinik swasta berhampiran akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang peniaga durian dalam perjalanan ke sebuah surau berhampiran untuk menunaikan solat Zuhur.

Beliau berkata, lelaki berusia 59 tahun yang berasal dari Kampung Bintang, Setiu tersebut berniaga durian tidak jauh dari rumah keluarga Nur Aira Awatif.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, basikal yang ditunggangi mangsa dikatakan tiba-tiba meluru keluar dari pagar rumahnya.

“Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berkenaan gagal mengelak lalu merempuh basikal mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, Nur Aira Awatif yang cedera parah telah dikejarkan ibu bapanya ke sebuah klinik swasta sebelum disahkan meninggal dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI